RESIPI SIHAT :: HEALTHFUL RECIPES :: HOME

Ketupat Pulut Palas
Hidangan 10 orang

Bahan-bahan
1 kg pulut putih
150 g (3/4 cawan) kacang mata satu
3 helai daun pandan
1500 g kelapa parut
8 g (1 sudu teh) garam
20 helai pucuk daun palas

Cara memasak

  1. Rendam pulut 30 minit dalam air, bersih dan toskan.

  2. Rendam kacang 30 minit dalam air dan toskan dan rebus hingga empuk dengan 1/2 sudu teh garam.

  3. Perah kelapa dan dapatkan 4 cawan santan pekat.

  4. Panaskan santan dalam periuk dengan daun pandan dan 1 sudu teh garam.

  5. Masukkan pulut dalam santan dan kacau hingga santan kering dan pulut 3/4 masak.

  6. Sejukkan pulut dan tabur dengan kacang yang telah direbus dan ratakan.

  7. Ambil daun palas muda dan buka lipatannya.

  8. Bungkus pulut dan kacang hingga padat dalam ketupat daun palas (3 segi).

  9. Dalam periuk besar, panaskan air dan rebus ketupat pulut selama 45 minit.

  10. Toskan ketupat palas dan makan dengan kari daging atau rendang.

Nota:
Jikalau tiada daun palas, pulut dan kacang boleh dibungkus dalam daun pisang dan diikat dengan tali atau benang kasar

Berat satu hidangan: 180 g

KANDUNGAN NUTRIEN SETIAP HIDANGAN*:
NUTRITIONAL CONTENT PER SERVING:

Kalori/Calorie
Lemak/Fat
Protein/Protein
Kalsium/Calcium
Kolesterol/Cholesterol
Zat Besi/Iron

667 kcal
28.4 g
12.5 g
47 mg
0 mg
4.0 mg

Copyright Nutrition Society of Malaysia. All rights reserved.
This site is best viewed with I.E. version 5 and above.