Pajeri Rebung
Hidangan untuk 5 orang Bahan-bahan
500 g
rebung (rebung jeruk atau rebung mentah)
100 g kelapa parut, untuk dibuat kerisik
375 ml (1½ cawan) susu rendah lemak
30 g (1 paket kecil) rempah kari daging
5 g kulit kayu manis
5 g bunga lawang
5 g bunga cengkih
20 g (3 ulas) bawang putih
150 g (10 ulas) bawang merah
10 g (2 sm) halia ditumbuk halus
45 g (3 sudu makan) gula
30 ml (2 sudu makan) minyak sayuran
30 g (2 sudu makan) asam jawa, dibancuh bersama ½ cawan air untuk mendapatkan
jusnya
5 g (1 sudu teh) garam
Cara penyediaan kerisik
Goreng
kelapa parut tanpa menggunakan minyak hingga kekuningan. Kemudian tumbuk/kisar
sehingga lumat. Ini akan menghasilkan lebih kurang 50 g kerisik.
Cara penyediaan pajeri
- Panaskan
minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi
sehingga naik baunya.
- Masukkan bunga
cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan kacau.
- Masukkan pula
rempah kari dan kacau hingga sebati. Setelah rempah kari naik baunya,
masukkan pula air asam jawa dan biarkan seketika.
- Selepas itu,
masukkan rebung, kacau dan biarkan sehingga mendidih.
- Apabila telah
mendidih, masukkan susu, kerisik, gula dan garam. Kemudian kacau sehingga
sebati.
- Masak pajeri
pada api perlahan dan biarkan seketika sehingga pajeri pekat.
- Angkat setelah
masak dan hidangkan.
Berat satu hidangan:
150 g
|
|
KANDUNGAN NUTRIEN SETIAP HIDANGAN*:
NUTRITIONAL CONTENT PER SERVING: |
|
Kalori/Calorie
Lemak/Fat
Protein/Protein
Kalsium/Calcium
Kolesterol/Cholesterol
Zat Besi/Iron |
307 kcal
15.0 g
8.0 g
207 mg
6 mg
4.7 mg |
 |