|
Nasi Dagang
Hidangan untuk 10 orang
Bahan-bahan
1
kg beras merah (beras nasi dagang)
250 g (1 cawan) kelapa parut
100 g (2/3 cawan) susu tepung rendah lemak
100 g (10 ulas) bawang merah, dimayang
10 g (2 sm) halia, dihiris nipis dan halus
10 g (2 sudu teh) garam A
10 g (2 sudu teh) gula
15 g (3 sudu teh) halba
Cara memasak
-
Rendam
beras selama 2 hingga 3 jam.
-
Toskan
airnya dan kukus sehingga masak.
-
Perah
kelapa parut bersama air untuk mendapatkan 1 gelas santan pekat dan 1 gelas
santan cair.
-
Bancuh
susu tepung rendah lemak ke dalam santan cair.
-
Angkat
kukusan berisi nasi dan gaulkan nasi bersama bahan-bahan (A) dan santan
sehingga rata.
-
Kukus
kembali nasi sehingga kukusan berwap.
-
Angkat
dan hidangkan bersama lauk.
Cadangan:
Enak dimakan bersama lauk (kerutup ayam) dan acar timun.
Berat satu
hidangan: 200 g
Acar Timun (untuk
nasi dagang)
Hidangan untuk 10 orang
Bahan-bahan
500 g (2 biji kecil) timun
150 g (1 biji) lobak merah
120 g (2 biji) bawang besar
20 g (2 ulas) bawang merah
50 g (5 sudu makan) cuka
60 g (3 biji) cili merah
5 g (1 sudu teh) gula
3 g (1/2 sudu teh) garam
Cara memasak
-
Timun
dibuang kulit dan dipotong nipis-nipis.
-
Lobak
merah dihiris halus (memanjang) atau diparut.
-
Bawang
besar, bawang merah dan cili dimayang halus.
-
Gaul
kesemua sayur-sayuran di atas bersama cuka, gula dan garam.
-
Hidangkan bersama nasi dagang.
Berat satu
hidangan: 80 g
|