RESIPI SIHAT :: HEALTHFUL RECIPES :: HOME

Kuih Sepang
Hidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan
125 g (1 cawan) tepung pulut
5 g (1 helai) daun pandan, dimesin dengan 250 ml (1 cawan) air dan ditapis

Untuk inti
50 g (1/2 cawan) kelapa muda parut
100 g (1 keping) gula anau
125 ml (1/2 cawan) air

Untuk kuah
125 ml (1/2 cawan) santan pekat, iaitu 125 ml (1/2 cawan) air dengan 40 g kelapa parut
125 ml (1/2 cawan) susu rendah lemak
secubit garam

Cara menyediakannya

  1. Untuk membuat inti kelapa, masak gula anau dengan 1/2 cawan air sehingga gula anau hancur. Kemudian masukkan kelapa parut dan masak lagi sehingga inti agak kering. Kacau sekali sekala untuk meng­elakkan inti daripada hangus. Ketepikan.

  2. Untuk membuat kuah, campurkan santan, susu rendah lemak dan garam. Ketepikan.

  3. Bancuh tepung pulut dengan air daun pandan dan uli sehingga menjadi doh.

  4. Bentukkan doh seperti bola ping pong, leperkan dan masukkan inti kelapa ditengahnya.

  5. Bentukkan seperti karipap dan aturkan di dalam dulang pengukus and terus dikukus selama lebih kurang 5 minit.

  6. Kemudian curahkan kuah tadi dan kukus sehingga masak selama lebih kurang 20 minit.

Berat satu hidangan: 120 g

KANDUNGAN NUTRIEN SETIAP HIDANGAN*:
NUTRITIONAL CONTENT PER SERVING:

Kalori/Calorie
Lemak/Fat
Protein/Protein
Kalsium/Calcium
Kolesterol/Cholesterol
Zat Besi/Iron

247 kcal
7.7 g
3.6 g
46 mg
2 mg
0.9 mg

Copyright © Nutrition Society of Malaysia. All rights reserved.
This site is best viewed with I.E. version 5 and above.