RESIPI SIHAT :: HEALTHFUL RECIPES :: HOME

Pecal
Hidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan untuk kuah
250 g (1½ cawan) kacang tanah
50 g (7 ulas) bawang merah
12.5 g (3 ulas) bawang putih
10 g (7 biji) cili kering
13 g (sebesar ibu jari) belacan
10 g (2.5 sm) cekor
5 g (1 sudu teh) garam
30 g (2 sudu makan) gula
25 g (sebesar ibu jari) asam jawa, dibancuh bersama 1/4 cawan air untuk mendapatkan jusnya
250 ml (1 cawan) air suam
90 ml (9 sudu makan) minyak sayuran

Bahan-bahan untuk sayuran
200 g (16 batang) kangkung
150 g (8 batang) kacang panjang
150 g (1 biji) timun
150 g (1 biji) sengkuang, dibuang kulit
100 g (1 mangkuk kecil) taugeh
200 g (2 keping) tauhu
150 g (2 keping) tempe

Cara membuat kuah

  1. Goreng kacang tanah, cili kering, bawang merah, bawang putih, cekor dan belacan bersama 4 sudu makan minyak sehingga naik baunya.

  2. Kisar semua bahan-bahan yang digoreng.

  3. Bancuh bahan-bahan yang dikisar dengan air suam.

  4. Masukkan jus asam jawa, garam, gula dan kacau hingga sebati.

Cara menyediakan sayur-sayuran

  1. Timun dan sengkuang diracik halus.

  2. Kangkung dan kacang panjang dipotong dalam ukuran 2.5 sm.

  3. Didihkan air. Celur sebentar kacang panjang, taugeh dan kangkung secara berasingan. Angkat dan toskan airnya.

  4. Tauhu dan tempe digoreng bersama 5 sudu makan minyak. Potong kiub tauhu dan tempe.

Cara menghidang

  1. Susun sayur-sayuran, tauhu dan tempe ke dalam pinggan.

  2. Hidangkan bersama kuah pecal yang disediakan tadi.

Berat satu hidangan: 80 g

KANDUNGAN NUTRIEN SETIAP HIDANGAN*:
NUTRITIONAL CONTENT PER SERVING:

Kalori/Calorie
Lemak/Fat
Protein/Protein
Kalsium/Calcium
Kolesterol/Cholesterol
Zat Besi/Iron

592 kcal
38.0 g
24.0 g
238 mg
9 mg
5.9 mg

Copyright © Nutrition Society of Malaysia. All rights reserved.
This site is best viewed with I.E. version 5 and above.