RESIPI SIHAT :: HEALTHFUL RECIPES :: HOME

Ayam Kung-po (Cara Szechuan)
Hidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan
300 g dada ayam, tanpa kulit
8 g cili kering, dipotong menyerong dengan panjang 2 sm
25 g (5 sudu teh) minyak sayuran
30 g kacang gajus, dibakar tanpa minyak
100 g sengkuang cina segar (dalam tin), dipotong dadu
daun bawang dan daun ketumbar untuk hiasan

Bahan-bahan (A)
10 g (2 sudu teh) kicap cair
40 ml (2 sudu makan) air
10 g (2 sudu teh) tepung jagung

Bahan-bahan (B)
10 g (2 sudu teh) kicap cair
10 g (2 sudu teh) gula
2.5 g (1/2 sudu teh) minyak bijan
5 g (1 sudu teh) sos Lea & Perrin
40 ml (2 sudu makan) air
5 g (1 sudu teh) tepung jagung

Cara memasak

  1. Gunakan bahagian tumpul pisau pembelah, tumbuk ayam dengan ringan dan hiriskan.

  2. Gaulkan ayam dengan bahan-bahan (A) dan perap selama 20 minit.

  3. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Bila minyak sudah panas, tumis cili kering dengan kepanasan sederhana selama 30 saat. Masukkan ayam dan sengkuang cina dan tumis sehingga ianya bertukar warna.

  4. Masukkan bahan-bahan (B) dan tumis sehingga semua bahan-bahan sebati dan kuahnya pekat mengikut kesukaan.

  5. Akhir sekali, masukkan kacang gajus, hias dengan daun bawang dan daun ketumbar. Hidang dengan nasi.

Berat satu hidangan: 80 g

KANDUNGAN NUTRIEN SETIAP HIDANGAN*:
NUTRITIONAL CONTENT PER SERVING:

Kalori/Calorie
Lemak/Fat
Protein/Protein
Kalsium/Calcium
Kolesterol/Cholesterol
Zat Besi/Iron

218 kcal
10.4 g
17.0 g
13 mg
20 mg
1.2 mg

Copyright © Nutrition Society of Malaysia. All rights reserved.
This site is best viewed with I.E. version 5 and above.