Hidangan makanan yang sihat bermula dengan bahan yang dipilih. Semua makanan mengandungi khasiat. Yang penting ialah memilih makanan yang mempunyai khasiat yang lebih daripada yang lain:

  • Utamakan makanan yang membekalkan tenaga karbohidrat seperti nasi, roti, me dan ubi.

  • Utamakan juga makanan yang membekalkan vitamin, zat galian dan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Pilih makanan yang membekalkan protein seperti ikan, ayam, daging dan kekacang.
  • Pilih makanan yang membekalkan protein seperti ikan, ayam, daging dan kekacang.

  • Pilih juga makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, keju dan dadih. Punca kalsium yang lain termasuk ikan-ikan kecil seperti ikan bilis, tamban dan sardin.

  • Kurangkan penggunaan lemak, minyak, santan, gula dan garam.

  • Gunakan susu rendah lemak atau susu krim bagi menggantikan sebahagian daripada santan dalam masakan. Pekatkan masakan dengan memasukkan ubi kentang yang telah dihiris nipis atau bawang yang telah ditumbuk halus.

  • Kurangkan membeli makanan-makanan yang banyak mengandungi lemak, minyak, gula dan garam termasuk makanan ringan dan makanan segera.

Bagi buah-buahan dan sayur sayuran:

  • Pilih buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar.

  • Utamakan buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan.

  • Lebihkan buah-buahan berwarna dan sayur-sayuran yang berdaun hijau.

Gunakan lebih banyak bahan-bahan makanan seperti beras perang dan bijirin mil penuh serta bahan-bahan lain yang tidak diproses.

Hakmilik © 2000 Persatuan Pemakanan Malaysia.