|
MERANCANG HIDANGAN
Rancang menu hidangan untuk
keluarga:
-
Pilih hidangan yang
digemari ahli-ahli keluarga dan sesuaikan resipi mengikut cara yang
dicadangkan di dalam buku ini.
-
Hidangkan masakan yang
mudah disediakan tetapi menarik dan menyelerakan.
-
Sediakan hidangan yang
menggunakan campuran pelbagai jenis bahan makanan.
-
Gunakan cara memasak
yang mengekalkan warna dan rasa asal makanan.
-
Hidangkan makanan yang
baru dimasak.
-
Hidangkan makanan bersama-sama
campuran ulam-ulam dan hidangan sayur-sayuran yang segar bersama-sama
buah-buahan segar yang beranika warna dan bentuk.
Rancangkan supaya hidangan
disediakan pelbagai cara. Ini termasuk memangang, mengukus, merebus dan
memanggang, mengukus, merebus dan menggoreng tanpa minyak. Kurangkan hidangan
bergoreng terutamanya yang disaluti tepung.
Gunakan air limau nipis
atau kasturi untuk menambah kelazatan makanan yang dipanggang atau dikukus.
Utamakan buah-buahan sebagai pembasuh mulut. Hidangan jus buah-buahan
segar atau air kosong untuk mengantikan minuman manis.
Bahagikan hidangan makanan
mengikut waktu makan sepanjang hari:
-
Utamakan sarapan pagi,
makan tengahari dan makan malam.
-
Rancang waktu mengikut
waktu biasa.
-
Jika mengambil makanan
ringan, pastikan ia dimakan dua jam sebelum waktu makan utama.
-
Sajikan makanan mengikut
saiz hidangan yang sesuai dengan keperluan untuk mengelak pengambilan
makanan yang berlebihan.
MENYEDIAKAN HIDANGAN YANG
SIHAT
Cara menyedia dan memasak
makanan yang bijak boleh membuat sesuatu hidangan itu lebih berkhasiat:
-
Buangkan lemak daging
dan kulit ayam.
-
Basuh buah-buahan dan
sayur-sayuran segar sebelum dimakan. Elakkan daripada merendam buah-buahan
dan sayur-sayuran. Sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir.
-
Elakkan daripada memotong
atau menghiris kecil buah-buahan dan daun sayur-sayuran.
-
Rebus ubi kentang dan
keledek bersama kulit setelah dibersihkan.
-
Gunakan air cuma sebanyak
yang mencukupi apabila menyediakan masakan sup atau makanan berkuah.
-
Tentukan air telah
mendidih atau minyak adalah panas apabila memasukkan makanan untuk
dimasak.
-
Elakkan memasak terlalu
lama untuk mengekalkan warna dan bentuk sayur-sayuran. Masukkan bahagian-bahagian
sayur yang lebih keras dahulu.
-
Tutup kuali atau periuk
apabila memasak sayur-sayuran untuk mengelak kehilangan vitamin. menutup
kuali atau periuk apabila mengoreng tanpa minyak memendekkan masa
memasak dan mengekalkan khasiat sayur-sayuran.
-
Kurangkan penggunaan
garam, kicap, sos, bahan perisa dan soda. Sebaliknya gunakan air rebusan
ayam, daging, ikan bilis dan sayur-sayuran.
-
Kurangkan kandungan
lemak sup dengan membuang lapisan minyak yang beku setelah disimpan
dalam peti sejuk.
-
Elakan daripada menggunakan
minyak masak yang telah bertukar warna setelah dipanaskan kepada suhu
tinggi bagi jangkamasa yang sama.
-
Bahan makanan yang
mudah rosak serperti daging, ayam, ikan, susu, telur dan makanan yang
telah dimasak perlu disimpan pada suhu yang rendah di dalam peti ais
sebelum digunakan. Potong daging dan ayam mengikut amaun yang diperlukan
untuk satu masakan sebelum dibekukan. Membeku semula makanan yang
telah dicairkan boleh menyebabkan makanan menjadi rosak dan mengakibatkan
keracunan makanan.
Hakmilik© 2000 Persatuan
Pemakanan Malaysia.
|