March/September 2001, Volume 7 No. 1&2

ARTICLE 5

Penerimaan Masyarakat Terhadap Bahan Pendidikan Pemakanan Bercetak

Ruzita Abd. Talib and  Rasyedah Ahmad Raqi

Jabatan Pemakanan & Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu,Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan  Raja Muda A. Aziz, 50300 Kuala Lumpur.

ABSTRAK

Bahan pendidikan memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat pemakanan yang tepat kepada masyarakat. Kajian ini dilakukan untuk menilai penerimaan golongan dewasa muda terhadap bahan pendidikan pemakanan bercetak.  Booklet bertajuk Kolesterol: Apa yang anda perlu tahu? disediakan khusus untuk kajian ini.  Kajian ini terdiri dari tiga fasa iaitu fasa tinjauan dan perancangan, fasa pembentukan serta fasa penilaian bahan pendidikan yang disediakan.  Seramai 90 orang subjek di kawasan bandar dan luar bandar telah dipilih secara rawak untuk kajian ini.  Borang soalselidik diedar bersama bahan bercetak yang diberi kepada subjek kajian. Subjek diberi masa selama dua minggu untuk memahami dan menilai bahan bercetak yang diberi. Penilaian penerimaan subjek terhadap isi kandungan, grafik dan rekabentuk bahan bercetak adalah daripada memuaskan sehingga baik. Skor pengetahuan subjek di kawasan bandar dan luar bandar meningkat dengan signifikan (p<0.05) selepas menerima bahan bercetak (84 + 12 dan 80 + 13) berbanding sebelum menerima bahan bercetak (66 + 11 dan 49 + 12). Secara keseluruhan, bahan yang dibentuk mendapat penerimaan yang baik oleh golongan dewasa muda dan berupaya meningkatkan pengetahuan.

ABSTRACT

Nutrition education materials play an important role in disseminating accurate nutrition information to the community.  This study was conducted to evaluate acceptance of printed nutrition education materials by young adults. A booklet on Cholesterol: What you should know?  was developed specifically for this study.  This study consisted of three phases, the first phase was surveying and planning, the second development and the third, evaluation of the prepared material.   Ninety subjects from urban and rural areas were chosen randomly for this study.  A set of questionnaires for evaluation was given together with the printed materials.   Subjects were given about two weeks to understand and evaluate the printed material. Subjects rated from satisfactory to good on content, graphics and layout of the booklet. Subjects’ knowledge score in the urban and rural areas increased significantly (p<0.05) after receiving nutrition educational material (84 + 12 and 80 + 13) compared to before receiving nutrition educational material (66 + 11 and 49 + 12). In general, young adults have accepted the printed material and their knowledge has also increased.

Full Article >>

March 1995, Vol1 No.1
September 1995, Vol1 No.2
March 1996, Vol2 No.1
September 1996, Vol2 No.2
March 1997, Vol3 No.1
September 1997, Vol3 No.2
December 1998, Vol4 No.1&2
December 1999, Vol5 No.1&2
March 2000, Vol6 No.1
September 2000, Vol6 No.2
Mar/Sept 2001, Vol7 No.1&2
March 2002, Vol8, No.1
September 2002, Vol8, No.2
March 2003, Vol9 No.1
September 2003, Vol9 No.2
March 2004, Vol10 No.1
September 2004, Vol10 No. 2
2005, Vol 11 No.1
2005, Vo l11 No.2
2006, Vol 12 No.1
2006, Vol 12 No.2
2007, Vol 13 No.1
2007, Vol 13 No.2
March 2008, Vol 14 No.1
2008, Vol 14 No.2
2009, Vol 15 No.1
2009, Vol 15 No.2
2010, Vol 16(1)

2010, Vol 16(2)

2010, Vol 16(3)

2011, Vol 17(1)

2011, Vol 17(2)