ARTICLE VIII  

MALAYSIAN JOURNAL OF
NUTRITION
Official publication of the Nutrition Society of Malaysia

December 1999, Volume 5 No. 1&2

Mal J Nutr 5:71-78, 1999.
http://nutriweb.org.my/publications/mjn005/mjn5n12_008.pdf

Status pemakanan di kalangan atlit elit bola jaring perempuan Sukan Komanwel 1998 semasa menjalani latihan pusat.

(Nutritional status of the Commonwealth Games 1998 elite netball players during centralised training)

Nik Shanita S & Hera JLS.

Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia, 50300 Kuala Lumpur.

ABSTRACT   (Full Article)
Malay:
Kajian penentuan status pemakanan telah dijalankan ke atas 16 orang atlit elit perempuan bola jaring Sukan Komanwel 1998 yang sedang menjalani latihan pusat di kem latihan Bukit Jalil. Purata umur subjek adalah 21.1 ± 3.1 tahun. Penentuan ciri fizikal telah dilakukan melalui ukuran antropometri. Kaedah menimbang makanan selama 3 hari digunakan untuk menilai pengambilan makanan dan serentak dengan itu pola aktiviti fizikal ditentukan melalui kajian gerakan dan masa. Ujian penganalisaan biokimia telah dijalankan untuk melihat tahap kandungan hemoglobin subjek. Hasil kajian menunjukkan purata berat badan dan ketinggian adalah 62.5 ± 7.9 kg dan 1.69 ± 0.06 meter, masing-masingnya. Manakala purata peratus lemak tubuh ialah 23.7 ± 2.8. Pengambilan tenaga secara puratanya adalah 2726 ± 507 kcal/hari dan penggunaan tenaga harian ialah 3225 ± kcal/hari, ianya memberi imbangan tenaga negatif sebanyak 499 kcal. Purata sumbangan makronutrien iaitu karbohidrat (59%), protein (16%) dan lemak (26%). Pengambilan mikronutrien pula adalah mencukupi dan mengikut saranan RDA Malaysia. Peratus sumbangan pola aktiviti fizikal pula secara purata adalah 74% untuk aktiviti ringan, 12% sederhana dan 14% berat. Sejumlah 94% atlit kajian mengambil suplemen, di mana pengambilan vitamin C adalah yang paling popular (64%).

English:
This study was carried out to determine the nutritional status of 16 elite netball players of the Commonwealth Games 1998, during centralised training at Bukit Jalil. The mean age of the subjects was 21.1 ± 3.1 year. The physical characteristics were assessed through antropometric measurements. The dietary intake was estimated as a mean of 3-days weighed food record while the physical activity pattern was determined by time and motion study which was carried out simultaneously. A biochemical analysis test was carried out to evaluate the haemoglobin status of the athletes. The results indicated that the mean body weight and height were 62.5 ± 7.9 kg and 1.69 ± 0.06 meter, respectively. The percentage average body fat of the subjects was 23.7 ± 2.8. Mean energy intake was recorded as 2726 ± 507 kcal/day while energy expenditure was 3225 ± 409 kcal/d with a negative energy balance of 499 kcal. The contribution of calories from carbohydrate, protein and fat were 59%, 16% and 26%, respectively. Intake of most micronutrients was sufficient and met the Malaysian RDA. The percentage average of the daily physical activity pattern revealed that 74% was spent for light activities, 12% for moderate while 14% for heavy activities. 94% of the athletes took supplements which vitamin C was the most popular (64%).

 

March 1995, Vol1 No.1
September 1995, Vol1 No.2
March 1996, Vol2 No.1
September 1996, Vol2 No.2
March 1997, Vol3 No.1
September 1997, Vol3 No.2
December 1998, Vol4 No.1&2
December 1999, Vol5 No.1&2
March 2000, Vol6 No.1
September 2000, Vol6 No.2
Mar/Sept 2001, Vol7 No.1&2
March 2002, Vol8, No.1
September 2002, Vol8, No.2
March 2003, Vol9 No.1
September 2003, Vol9 No.2
March 2004, Vol10 No.1
September 2004, Vol10 No. 2
2005, Vol 11 No.1
2005, Vo l11 No.2
2006, Vol 12 No.1
2006, Vol 12 No.2
2007, Vol 13 No.1
2007, Vol 13 No.2
March 2008, Vol 14 No.1
2008, Vol 14 No.2
2009, Vol 15 No.1
2009, Vol 15 No.2
2010, Vol 16(1)

2010, Vol 16(2)

2010, Vol 16(3)

2011, Vol 17(1)

2011, Vol 17(2)

2011, Vol 17(3)