|
March 1996, Volume 2 No. 1
ARTICLE 6
Kandungan makronutrien di
dalam makanan yang terdapat di kantin sekolah rendah
Macronutrients content in foods available in primary school canteens
Wan Nudri Wan Daud1 dan Aminah Abdullah2
1 Bahagian Pemakanan Manusia, Institut Penyelidikan
Perubatan, 50588 Kuala Lumpur;
2 Jabatan Sains Makanan dan Pemakanan, Fakulti Sains
Hayat, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi
ABSTRAK
Tiga buah sekolah rendah yang mempunyai corak pengendalian
makanan yang berbeza di Kuala Selangor telah dipilih untuk kajian.
Semua contoh makanan yang disediakan semasa lima hari persekolahan
telah diambil dan dianalisa kandungan kalori, protein, lemak dan
karbohidrat. Kebanyakan daripada makanan yang disediakan adalah
berasaskan nasi seperti nasi lemak, nasi ayam, mee dan kuih-kuih
tradisional. Kandungan kalori dan protein per hidangan makanan
adalah masing-masing di antara julat 77-274 kcal dan 0.9-3.6 g.
Makanan yang disediakan di bawah Rancangan Makanan Tambahan
mengandungi kalori yang lebih tinggi berbanding dengan makanan yang
dijual di kantin sekolah. Walau bagaimanapun kandungan protein dan
kalori masih rendah berbanding dengan yang disarankan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia, yang mana berdasarkan menu
sepatutnya menyediakan sekurang-kurangnya 10 g protein dan 290-390
kcal. Peratus sumbangan tenaga daripada protein di dalam makanan
yang disediakan di kantin sekolah juga adalah lebih rendah daripada
yang disarankan.
ABSTRACT
Three primary schools with three different food service
managements in Kuala Selangor were seleted for this study.
Food samples served for five school days were taken and analysed for
calories, protein, fat and carbohydrate. It was observed that most
of the food served were rice-based such as nasi lemak, chicken rice,
noodles and traditional cakes. The amount of calories and protein
per serving ranged from 77-274 kcal and 0.9-3.6 g respectively. Food
served under the Supplementary School Feeding Programme contained
higher calories than those sold by these school canteens. However,
the amounts of protein and calories were still short of the expected
amounts recommended by the Ministry of Education, which acccording
to menu should provide at least 10 g protein and 290-390 kcal. The
percentage contributions of energy from protein in foods served at
school canteens were also lower than the recommended.
Full
Article >>
|
|
 |
|
March 1995, Vol1 No.1
September 1995, Vol1 No.2
March 1996, Vol2 No.1
September 1996, Vol2 No.2
March 1997, Vol3 No.1
September 1997, Vol3 No.2
December 1998, Vol4 No.1&2
December 1999, Vol5 No.1&2
March 2000, Vol6 No.1
September 2000, Vol6 No.2
Mar/Sept 2001, Vol7 No.1&2
March 2002, Vol8, No.1
September 2002, Vol8, No.2
March 2003, Vol9 No.1
September 2003, Vol9 No.2
March 2004, Vol10 No.1
September 2004, Vol10 No. 2
2005, Vol 11 No.1
2005, Vo l11 No.2
2006, Vol 12 No.1
2006, Vol 12 No.2
2007, Vol 13 No.1
2007, Vol 13 No.2
March 2008, Vol 14 No.1
2008, Vol 14 No.2
2009, Vol 15 No.1
2009, Vol 15 No.2
2010, Vol 16(1)
2010, Vol 16(2)
2010, Vol 16(3)
2011, Vol 17(1)
2011, Vol 17(2)
2011, Vol 17(3)
|
|
|
|