|
March 1996, Volume 2 No. 1
ARTICLE 4
Kandungan laktoferin dalam
susu ibu dan kaitan dengan pengambilan kalori, protein dan ferum
(Lactoferrin content of breast milk and its association with
maternal calorie, protein and iron intake)
Maznah Ismail & Rodziah
Abd Razak
Department of Nutrition and Community Health, Faculty of Human
Ecology, Universiti Pertanian Malaysia, 43400 UPM, Serdang,
Selangor.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menentukan kandungan laktoferin dalam
susu ibu dan menguji perkaitannya dengan pengambilan kalori, protein
dan ferum dalam diet ibu. Kajian telah dilakukan ke atas 35 orang
ibu yang baru melahirkan sehingga hari ke-30 kelahiran di kawasan
Serdang. Sampel susu ibu dipungut sebanyak tiga kali iaitu pada
peringkat kolostrum (hari ke-2), transisi (hari ke-7) dan matang (hari
ke30). Maklumat kajian diperolehi melalui penggunaan borang soal
selidik yang mengandungi makiumat latar belakang subjek, Ingatan
Diet 24 Jam dan Kekerapan Pengambilan Makanan. Maklumat Ingatan Diet
24 Jam dianalisis menggunakan DEMETER bagi menentukan pengambilan
kalori, protein dan ferum ibu-ibu. Teknik ELISA sandwic tak bersaing
telah digunakan untuk menentukan kandungan laktoferin dalam susu ibu.
Hasil analisis yang dijalankan mendapati bahawa kandungan laktoferin
menurun mengikut tempoh penyusuan dengan min laktoferin di dalam
kolostrum sebanyak 7.0 ± 0.3 mg/ml (6.2 - 7.6 mg/ml), susu transisi
sebanyak 3.5 ± 0.2 mg/ml (2.6-4.1 mg/ml) dan susu matang sebanyak
1.5 ± 0.2 mg/ml (1.2-1.9 mg/ml. Data pengambilan diet diet subjek
kajian menunjukkan bahawa purata pengambilan nutrien ibu-ibu pada
hari ke-30 meningkat berbanding hari ke-7. Purata pengambilan kalori
pada hari ke7 ialah sebanyak 2540 ± 325 kcal dan meningkat kepada
2698 ± 364 kcal pada hari ke-30 sementara bagi protein pula sebanyak
65.0 ± 26.8 g pada hari ke-7 dan meningkat kepada 74.9 ± 32.1 g pada
hari ke-30. Demikian juga bagi ferum, pada hari ke-7 didapati
pengambilan sebanyak 11.5 ± 6.9 mg dan pada hari ke-30, ia meningkat
kepada 14.4 ± 8.9 mg. Pekali Korelasi Pearson menunjukkan bahawa
tiada perkaitan yang signifikan di antara pengambilan kalori,
protein dan ferum dengan kandungan laktoferin pada p<0.05 (r=0.1258,
0.0878, 0.2056). Kajian ini mendapati bahawa kandungan laktoferin
menurun sepanjang tempoh penyusuan, paling tinggi pada peringkat
kolostrum dan aras laktoferin tidak dipengaruhi oleh pengambilan
kalori, protein dan ferum ibu.
ABSTRACT
This research was undertaken to study the lactoferrin content of
breast milk and its correlation to maternal calorie, protein and
iron intake. The study was conducted in Serdang area and it involved
35 mothers from day one to day 30 postnatal. Milk samples were
collected at three different stages; colostrum (day 2), transitional
milk (day 7) and mature milk (day 30). Background and dietary data
were collected through questionnaire which provided information on
the subjects background, 24-hour diet recall and food frequency.
Results from 24-hour dietary recall were analyzed using a
nutritional programme, DEMETER to determine the calorie, protein and
iron intake of these mothers. The concentration of lactoferrin in
milk samples was analyzed using an indirect sandwich technique.
Analysis showed a decrease in lactoferrin concentration during the
lactation period. Lactoferrin concentration in colostrum,
transitional and mature milk was 7.0 ± 0.3 mg/ml (6.2-7.6 mg/ml),
3.5 ± 0.2 mg/ml (2.6-4.1 mg/ml) and 1.5 ± 0.2 mg/ml (1.2-1.9 mg/ml)
respectively. With regards to the dietary intake, the results showed
that the average nutrient intake on the 30th day was higher compared
to an average intake on the 7th day. Average calorie intake on day 7
was 2540 ± 325 kcal and it increased to 2698 ± 364 kcal on day 30,
while the average protein intake on day 7 was 65.0 ± 26.8 g which
increased to 74.9 ± 32.1 g on the 30th day. The average iron intake
also increased from 11.56.9 mg on day 7 to 14.4 ± 8.9 mg on day 30.
Pearson Correlation Coefficient showed no significant correlation
between maternal calorie, protein and iron and the concentration of
lactoferrin at p < 0.05 (r=0.1258, 0.0878, 0.2056). This data
suggests that lactoferrin concentration decreases during the feeding
period being highest at the colostral stage and the level is not
affected significantly by the maternal intakes of calorie, protein
and iron.
Full
Article >>
|
|
 |
|
March 1995, Vol1 No.1
September 1995, Vol1 No.2
March 1996, Vol2 No.1
September 1996, Vol2 No.2
March 1997, Vol3 No.1
September 1997, Vol3 No.2
December 1998, Vol4 No.1&2
December 1999, Vol5 No.1&2
March 2000, Vol6 No.1
September 2000, Vol6 No.2
Mar/Sept 2001, Vol7 No.1&2
March 2002, Vol8, No.1
September 2002, Vol8, No.2
March 2003, Vol9 No.1
September 2003, Vol9 No.2
March 2004, Vol10 No.1
September 2004, Vol10 No. 2
2005, Vol 11 No.1
2005, Vo l11 No.2
2006, Vol 12 No.1
2006, Vol 12 No.2
2007, Vol 13 No.1
2007, Vol 13 No.2
March 2008, Vol 14 No.1
2008, Vol 14 No.2
2009, Vol 15 No.1
2009, Vol 15 No.2
2010, Vol 16(1)
2010, Vol 16(2)
2010, Vol 16(3)
2011, Vol 17(1)
2011, Vol 17(2)
|
|
|
|