|
September 1995, Volume 1 No. 2
ARTICLE 3
Taraf pemakanan kanak-kanak
berumur satu hingga enam tahun di FELDA Sg. Koyan, Pahang
(Nutritional status
of children aged one to six years in Sg. Koyan FELDA in Pahang)
Soon Suat Duan dan Khor Geok Lin
Department of Nutrition and Community Health, Faculty of Human
Ecology, Universiti Pertanian Malaysia, 43400 Serdang
ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah
untuk menilai taraf pemakanan kanak-kanak di FELDA Sungai Koyan,
Pahang. Ukuran antropometri telah dijalankan di atas 105 orang
kanak-kanak yang terdiri daripada 62 lelaki dan 43 perempuan berumur
12 hingga 72 bulan. Daripada jumlah kanak-kanak tersebut, maklumat
pengambilan makanan ke atas seramai 84 kanak-kanak yang berumur 4
hingga 6.9 tahun dilaksanakan. Faktor sosio-ekonomi yang dapat
mempengaruhi taraf pemakanan kanak-kanak juga dikaji. Hasil ukuran
antropometri kanak-kanak mendapati sebanyak 14.3% (n=15) kanak-kanak
mengalami kekurangan berat badan, 10.5% (n=11) kebantutan dan 2.9%
(n=3) kesusutan berdasarkan Rujukan NCHS, manakala terdapat 28.6%
(n=30) kanak-kanak mempunyai ukuran lilitan lengan kiri yang rendah
berdasarkan rujukan Frisancho yang menandakan kekurangan simpanan
kalori dan protein. Dari segi kajian diet bagi kanak-kanak lelaki
dan perempuan yang berumur 4-6.9 tahun, purata pengambilan kalori,
kalsium, niasin dan tiamin adalah bawah paras yang disyorkan untuk
Malaysia. Walau bagaimanapun, pengambilan protein, ferum, vitamin A,
riboflavin dan vitamin C adalah melebihi paras saranan. Dari segi
kekerapan pengambilan makanan, kajian menunjukkan jenis makanan yang
paling kerap diambil adalah seperti nasi, ikan, susu dan daging.
Makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan juga kerap diambil
oleh kanak-kanak. Berdasarkan kepada ujian korelasi Pearson terdapat
perkaitan yang bererti antara taraf pemakanan kanak-kanak (berat
ikut umur dan ketinggian ikut umur) dengan pendidikan ibu dan
bilangan anak, manakala tahap pengetahuan pemakanan ibu juga
menunjukkan perkaitan yang bererti di antara taraf pemakanan
kanak-kanak (berdasarkan berat ikut umur).
Pengambilan kalori yang tidak mencukupi merupakan salah satu faktor
penting yang menyebabkan malnutrisi protein-tenaga. Masalah ini
juga dipengaruhi oleh faktor sosio-ekonomi seperti tahap pendidikan
dan pengetahuan pemakanan ibu serta bilangan anak dalam isirumah.
Ibubapa seharusnya digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti
yang menambahkan pengetahuan pemakanan dan menggalakkan amalan
pemakanan yang baik. Pihak FELDA digalakkan mengadakan lebih
aktiviti tersebut.
Full
Article >>
|
|
 |
|
March 1995, Vol1 No.1
September 1995, Vol1 No.2
March 1996, Vol2 No.1
September 1996, Vol2 No.2
March 1997, Vol3 No.1
September 1997, Vol3 No.2
December 1998, Vol4 No.1&2
December 1999, Vol5 No.1&2
March 2000, Vol6 No.1
September 2000, Vol6 No.2
Mar/Sept 2001, Vol7 No.1&2
March 2002, Vol8, No.1
September 2002, Vol8, No.2
March 2003, Vol9 No.1
September 2003, Vol9 No.2
March 2004, Vol10 No.1
September 2004, Vol10 No. 2
2005, Vol 11 No.1
2005, Vo l11 No.2
2006, Vol 12 No.1
2006, Vol 12 No.2
2007, Vol 13 No.1
2007, Vol 13 No.2
March 2008, Vol 14 No.1
2008, Vol 14 No.2
2009, Vol 15 No.1
2009, Vol 15 No.2
2010, Vol 16(1)
2010, Vol 16(2)
2010, Vol 16(3)
2011, Vol 17(1)
2011, Vol 17(2)
|
|
|
|