Tentang
Tulang
Tahukah
anda: Tulang anda adalah hidup dan seperti sel-sel
atau tisu-tisu lain dalam badan anda, ia perlu
diberi makan juga! Tulang yang tumbuh dengan
sempurna akan menjadikan anda lebih tinggi dan
lebih kuat. Tulang yang sihat juga dapat menyokong
badan anda supaya anda boleh menjadi seaktif
yang anda inginkan.
Makanan
Untuk Tulang
Tulang
anda adalah keras dan tumpat kerana ia dipenuhi
dengan mineral seperti kalsium dan fosforus.
Untuk memastikan tulang anda sentiasa tumpat,
anda perlu selalu membekalkannya dengan kalsium.
Anda juga memerlukan vitamin D, yang membina
tulang dan membantu kecekapannya menyerap kalsium.
Tetapi
selagi anda mengikuti cara pemakanan yang sihat,
anda tidak perlu mengambil pil kalsium atau
pil vitamin D. Kalsium boleh didapati daripada
susu, keju, makanan bijirin, ikan bilis, kacang
soya dan sesetengah sayuran, manakala vitamin
D daripada sinaran matahari!
|
Terlalu
Banyak Kalsium & Vitamin D
|
Jika
anda mengambil terlalu banyak pil-pil
kalsium atau vitamin D, anda mungkin
akan mengalami keracunan. Keracunan
vitamin D menunjukkan tanda-tanda
seperti kehilangan selera makan dan
rasa loya, dan mungkin menyebabkan
kedahagaan yang serius, kelemahan,
perasaan gementar dan tekanan darah
tinggi. Keracunan kalsium boleh menyebabkan
kerosakan sepanjang hayat kepada buah
pinggang anda.
|
|
Tulang
Yang Mudah Patah
Anda
akan mengalami kepatahan tulang dan kesakitan
teruk ketika lanjut usia, jika anda tidak menjaga
tulang anda dengan baik sekarang.
Ini
kerana tulang anda hanya boleh menyerap mineral
sehingga anda berumur lebih kurang 30 tahun.
Selepas itu, tulang anda perlu bergantung kepada
kalsium dan fosforus yang anda simpan dalam
badan anda sejak bertahun-tahun dahulu. Jika
tulang anda tidak mempunyai cukup kalsium, ia
akan mudah patah. Ini ialah sejenis penyakit
yang dipanggil osteoporosis. Penyakit ini sangat
menakutkan, kerana tulang-tulang anda akan tiba-tiba
patah tanpa sebab, atau jika anda terjatuh sedikit.
Cara
yang baik untuk menguatkan tulang anda ialah
dengan mengambil makanan yang mengandungi banyak
kalsium (seperti susu, keju dan yogurt), bersenam
selalu dan jangan merokok. Anda harus mengamalkan
tabiat-tabiat ini dari sekarang, bukan apabila
anda berumur 50 tahun, kerana masa itu sudah
terlalu lambat.
|
Mengapa
Osteoporosis Dianggap Begitu Merbahaya
|
- Osteoporosis
tidak mengira umur, walaupun
biasanya orang menghidapinya apabila
umur sudah meningkat.
- Perempuan
dan lelaki boleh menghidapi
osteoporosis, walaupun perempuan
menghadapi risiko yang lebih tinggi.
- Perempuan
Asia dan Kaukasia yang berkulit
keputihan dan berbadan kecil menghadapi
risiko yang lebih tinggi.
|
|